PENGENALAN TURBO


Turbo merupakan alat pemampat gas yang digunakan bagi tujuan pernafasan paksaan pada enjin. Tujuan utama turbo ialah bagi meningkatkan ketumpatan udara yang masuk ke dalam enjin untuk menghasilkan lebih kuasa. Walaubagaimanapun turbo terdiri daripada pemampat yang digerakkan oleh turbin yang juga digerakkan oleh gas ekzos enjin itu sendiri dan bukannya secara pacuan mekanikal terus. 

Secara umumnya sistem turbo membantu enjin menghasilkan kuasa yang lebih yang disebabkan oleh udara yang berhalaju tinggi disuapkan secara paksaan ke dalam kebuk pembakaran dalam sistem enjin. Dalam sistem enjin, semakin banyak jumlah udara yang disuapkan kedalam sistem, semakin tinggi kuasa yang dapat dihasilkan oleh enjin tersebut. Sistem aliran udara ini bermula dari penapis udara ( air filter ). 

Udara di atmosfera akan memasuki penapis udara bagi menapis sebarang kotoran. Kemudiannya udara tersebut akan memasuki sistem turbo dimana halaju udara akan bertambah disebabkan oleh putaran turbin dan mampatan udara oleh kipas turbin yang terdapat didalam sistem turbo itu sendiri.seterusnya udara yang berkelajuan tinggi tersebut akan memasuki intercooler bagi menjalani proses penyejukan bagi mendapatkan suhu kendalian yang sesuai bagi enjin berfungsi. 

Sistem intercooler ini menyerupai sistem radiator tetapi bendalir yang digunakannya sahaja yang berbeza dimana intercooler menggunakan udara manakala radiator menggunakan air. Sistem intercooler ini amat penting bagi sistem turbo kerana udara yang berkelajuan tinggi yang dihasilkan oleh turbo tersebut juga mempengaruhi pertambahan suhu udara tersebut. 

Selepas mendapatkan kelajuan udara yang tinggi dan suhu kendalian udara yang sesuai bagi enjin, udara berhalaju tinggi tersebut akan disuapkan ke paip pada kepala enjin melalui injap udara. Selapas menjalani proses pembakaran di kebuk pembakaran di dalam enjin, udara tersebut akan dikeluarkan dari kebuk pembakaran enjin melalui injap ekzos dan kemudiannya melalui manifold. 

Udara selepas berlakunya pembakaran tersebut dikenalpasti sebagai gas karbon monoksida. Gas ini seterusnya akan memasuki turbo pada bahagian ekzos bagi memutarkan kipas turbin pada turbo . selepas itu, gas tersebut akan dilepaskan ke udara melalui paip ekzos. 

Untuk mengelakkan dari turbin terbakar disebabkan oleh suhu operasinya mencapai sehingga 900 degree celcius, satu hos minyak pelincir dibekalkan ke shaft pada turbin tersebut bagi memastikan sistem turbo dapat berfungsi dengan baik.

SEMBER : http://muhdfaisal92.blogspot.com

1 ulasan:

Kylan Gentry berkata...

saya ingin berbagi dengan siapa pun di sini yang mencari pinjaman untuk bisnis atau pinjaman pribadi untuk menghubungi mr pedro di pedroloanss@gmail.com karena mr pedro dan perusahaan pinjamannya adalah semua yang saya percaya ketika datang ke solusi situasi keuangan jadi saya merekomendasikan ada yang mencari bantuan keuangan untuk menghubungi mr pedro dengan pinjaman 2 tingkat pengembalian tahunan, sekarang? Anda mengerti mengapa saya akan memilih pedro dengan perusahaan pinjamannya 100 keuangan asli.

COMMENT VIA FACEBOOK