MENANGGAL BREK GELENDONG

a)Keluarkan gelendong dari dakapannya dengan memasukkan bolt skru ke dalam lubang benang dan menggerakkannya.
b)Tanggalkan pegas pembalik (tension spring).
c)Tanggalkan pegas pemegang kekasut hadapan dan pinnya.
d)Keluarkan kekasut brek hadapan.
e)Tanggalkan pegas pembalik dari sauh.
f)Keluarkan pegas pembalik dan tujah kekasut brek tangan dari kekasut brek belakang.
g)Tanggalkan pegas pemegang kekasut brek dan pinnya.
h)Tanggalkan pegas pembalik bagi pelaras automatik.
i)Tanggalkan pin penyokong dari tuil brek tangan.
j)Tanggalkan kabel brek tangan dari tuil kekasut brek tangan.
k)Tanggalkan bahagian berikut dari kekasut brek:
-Sesondol-C.
-Tuil kekasut brek tangan.
-Tuil pelaras automatik.

MENSERVIS PAM INDUK

a)Kapitkan pam induk pada ragum.
b)Tanggalkan takungan bendalir brek.
c)Tanggalkan klip lengkung.
d)Keluarkan injap sehala.
e)Keluarkan pepasangan piston pam induk.
f)Periksa badan silinder dan dibahagian dalam pam induk.
g)Periksa pepasangan piston.
h)Periksa injap sehala dan takungan bendalir.
i)Pasang semula bahagian-bahagian pam induk.
j)Pasang takungan bendalir brek ke pam induk.
k)Uji kendalian pam induk sebelum dipasang pada kenderaan.

MENGUJI PANDU UNTUK MENGUJI SISTEM BREK(ROAD TESTING)

a)Sebelum uji pandu kenderaan periksa terlebih dahulu paras brek di pam induk.
b)Uji dan tekan injak brek beberapa kali untuk memastikan ia dalam
keadaan baik dan berfungsi.
c)Lakukan ujian brek pada kelajuan yang rendah dahulu.Ini bagi memastikan brek
dalam keadaan baik dan selamat untuk diuji pandu (road testing).
d)Uji kendalian brek pada kelajuan pemanduan yang berbeza dengan menekan
injak brek secara perlahan dan kuat.
e)Sekiranya semasa menekan brek secara perlahan atau secara kuat dan mengejut,
perhatikan pergerakan kenderaan sama ada ia berfungsi dengan baik,tertarik sebelah
dan sebagainya.
f)Sekiranya berlaku sistem-sistem kerosakan pada sistem brek semasa melakukan pandu
uji,sistem brek perlu diperiksa,diservis dan dilaras.

PENALAAN ENJIN

a)Pastikan enjin mencapai suhu kendalian tertentu.
b)Padam (off) semua aksesori.
c)Pasang lampu pemasaan dan takometer.
d)Hidupkan enjin dan biarkan dalam keadaan kelajuan melahu.
e)Laraskan kelajuan melahu mengikut spesifikasi
f)Laraskan pemasaan penyalaan mengikut spesifikasi.
(Pengagih dipusing untuk melaras pemasaan penyalaan).

PEMASANGAN BONGKAH ENJIN SETELAH DIROMBAK

a)Licinkan permukaan silinder dan pepasangan piston.
b)Pasang galas utama pada bongkah.
c)Pasang aci engkol pada bongkah.
d)Pasang pengadang minyak pelincir dibahagian belakang dan hadapan.
e)Pasang peruang gelang piston.
f)Pastikan kedudukan hujung peruang gelang tidak selari dengan arah tujah.
g)Pasang gelang piston menggunakan pengembang gelang piston.
h)Pastikan kedudukan sela gelang-gelang piston tidak selari.
i)Lindungi bahagian benang rod penghubung supaya tidak rosak.
j)Masukkan pepasangan piston.
k)Pasang pepasangan kepala silinder dan bahagian-bahagiannya.
l)Bersihkan dan periksa benang bolt sebelum dipasang.
m)Memasang pepasangan aci jumpelang.
n)Pasang tali sawat pemasaan dan tegangkan mengikut spesifikasi.
o)Tanda pemasaan.
p)Pasang bahagian-bahagian lain seperti pengulang alik,pam stering
dan pemampat penyaman udara pada enjin.

MENSERVIS INJAP

a)Bersihkan enapan karbon pada semua bahagian injap.
b)Ratakan hujung batang injap.
c)Mempelas semua injap.
d)Menguji kebocoran injap.
i)Bersihkan muka injap dan dudukan injap.
ii)Menyapu plumbum merah pada keliling dudukan injap.
iii)Lepaskan injap dua hingga tiga kali dalam lubang dudukan injap.
iv)Sentuhan muka injap pada permukaan dudukan mestilah sama
disekeliling muka injap.

MEROMBAK DAN PEMERIKSAAN KEPALA SILINDER

a)Letakkan kepala silinder di atas sangga.
b)Tanggalkan aci sesondol dan pepasangan jumpelang.
c)Tanggalkan semua pepasangan injap.
d)Bersihkan permukaan kepala silinder.
e)Periksa kerataan permukaan kepala silinder.
f)Periksa kerataan kepala silinder.
g)Periksa kehausan pandu injap.
h)Periksa kehausan dudukan injap.
i)Periksa kehausan muka dan batang injap.
j)Periksa kehausan,keherotan dan kelegaan minyak galas aci sesondol.
k)Periksa square,tinggi dan ketegangan pegas injap.
l)Periksa kehausan pepasangan lengan jumpelang.

MENANGGAL KEPALA SILINDER

a)Keluarkan air dan minyak enjin.
b)Tanggalkan punca kabel bateri.
c)Tanggalkan tali sawat pemasaan.
d)Tanggalkan pancarongga masuk dan ekzos.
e)Tanggalkan bolt kepala silinder mengikut aturan
berperingkat,bersilang dan dari luar ke dalam.
f)Keluarkan kepala silinder dari enjin.

ANALISIS BACAAN UJIAN MAMPATAN

BACAAN,SEBAB DAN KEMUNGKINAN

MAMPATAN KERING


a)Bacaan sama dengan spesifikasi.
-Keadaan baik.

b)Bacaan rendah daripada spesifikasi.
-Kebocoran pada injap.
-Kebocoran pada silinder.
-Kebocoran pada gasket kepala
silinder.

c)Bacaan tinggi daripada spesifikasi.
-Karbon banyak di dalam silinder.


MAMPATAN BASAH

a)Bacaan sama dengan bacaan.
-Kebocoran pada injap.
ujian kering.
-Kebocoran pada gasket kepala
silinder.

b)Bacaan meningkat lebih daripada
bacaan ujian kering.
-Kebocoran pada silinder.

UJIAN MAMPATAN

UJIAN MAMPATAN KERING
a)Hidup dan panaskan enjin.
b)Semua palam pencucuh dikeluarkan.
c)Kabel dari gelung penyalaan dibumikan.
d)Injap pendikit mesti dibuka penuh semasa ujian.
e)Pasang penguji mampatan pada lubang palam pencucuh.
f)Engkol enjin sehingga jarum tolok mampatan sampai ke kedudukan stabil.
g)Ulang semula gerak kerja (e) dan (f) pada semua silinder yang lain.
h)Rekodkan semua bacaan.

UJIAN MAMPATAN BASAH
a)Masukkan sedikit minyak pelincir ke dalam silinder enjin.
b)Ulang semula gerak kerja ujian mampatan kering.

CARA-CARA MENSERVIS PALAM PENCUCUH

Sistem nyalan kenderaan adalah proses melakukan nyalaan kepada campuran bahan api dan udara yang masuk dalam kebuk pembakaran (combustion Chamber). Apabila sistem nyalaan gagal berfungsi, ia boleh menyebabkan pelbagai masalah antaranya enjin tidak dapat dihidupkan, enjin sukar dapat dihidupkan dan enjin kurang kuasa untuk menjalankan operasi. Pastikan enjin kenderan dan sistem nyalaan dalam keadaan baik untuk menjamin operasi enjin berjalan lancar. Kebanyakan kenderaan hari ini perlu tune-up (melakukan proses talaan) setiap 35000 hingga 65000 batu bergantung kepada cara pemanduan.

Sebelum memulakan proses menservis palam pencucuh dan sistem nyalaan, pastikan alatan-alatan yang diperlukan untuk melaksanakan kerja-kerja menservis ini ada untuk memudahkan kerja dan menyelesaikan kerja menservis ini. Antara alatan yang di perlukan ada ialah alatan tangan, spana buka plug, kertas pasir, berus dawai dan filler gauge.

Kenal pasti peralatan sistem nyalaan

Ada dua jenis sistem nyalaan yang kebanyakan kenderaan gunakan iaitu DI(distributor less ignition system) and COS (coil over spark plug) tidak ada wayar palam pencucuh. Sistem nyalaan yang akan diterang kan cara-cara menservis ialan jenis DI(distributor less ignition system).



Keluarkan klip wayar palam pencucuh (retainer clip)

Keluarkan klip wayar palam pencucuh. Ini bagi memudahkan kerja untuk mengeluarkan wayar palam pencucuh dari palam pencucuh.



Keluarkan wayar palam pencucuh

Keluarkan wayar palam pencucuh dari palam pencucuh, pastikan keluarkan ikut urutan, spark plug wire yang paling panjang adalah di piston bernombor 1 manakala yang paling pendek di piston bernombor 4.
Keluarkan wayar palam pencucuh juga dari distributor cap, sebelum mengeluarkannya, pastikan kita tahu firing order (urutan agihan) enjin. Urutan agihan enijn ialah 1-3-4-2. omboh yang hampir dengan timing belt adalah nombor 1 dan diikuti 2,3,dan 4.
Pada distributor cap ada urutan agihan, pastikan kita mengetahui urutan agihan pada distributor. Ini penting kerana untuk memastikan tiada kesilapan yang berlaku apabila memasang semula wayar palam pencucuh.




Distributor cap

Setelah mengeluarkan spark plug wire, periksa dan memastikan spark plug wire dalam keadaan baik, jika berlaku kecacatan pada wayar palam pencucuh gantikan dengan yang baru. Susun mengikut panjang wayar palam pencucuh. Ini memudahkan kita apabila hendak memasangnya semula.



Keluarkan palam pencucuh

Gunakan alatan tangan yang sesuai, gunakan spana palam pencucuh atau soket palam pencucuh untuk mengeluarkan palam pencucuh. Buka lawan jam (counter clockwise)



Periksa palam pencucuh

Setelah mengeluarkan palam pencucuh, periksa palam pencucuh sama ada boleh digunakan lagi atau pun tidak, jika masih boleh digunakan lagi suci atau basuh palam pencucuh dengan menggunakan petrol, berus dawai dan kertas pasir tetapi hanya jenis kerosakan biasa seperti plug bercarbon, berdebu dan basah (berminyak). Gunakan filler gauge untuk periksa gap pada palam pencucuh. Gap yang baik adalah 0.8 cm atau 0.35 inch.



Pasang semula palam pencucuh

Pasang semula spark plug, pastikan pasang palam pencucuh tidak terlalu ketat dikuatiri palam pencucuh akan rosak jika dipasang dengan ketat. Pastikan wayar palam pencucuh dipasang dengan betul.
Sebelum menghidupkan enjin periksa radiator dan minyak enijn (minyak hitam).

MEROMBAK BONGKAH ENJIN

a)Keluarkan minyak pelincir dan air dari enjin.
b)Tanggalkan motor penghidup,pengulang alik,pam stering,pemampat penyaman udara dan bahagian-bahagian lain.
c)Tanggalkan penegang tali sawat dan bahagian-bahagian lain disekitarnya.
d)Keluarkan pam air.
e)Keluarkan takal.
f)Keluarkan gear aci engkol.
g)Tanggalkan roda tenaga.
h)Tanggalkan takungan minyak pelincir.
i)Keluarkan penghadang minyak pelincir pada bahagian belakang aci engkol.
j)Tandakan tepi rod penghubung dan tudung supaya tidak bercampur.
k)Longgarkan tudung rod penghubung berperingkat-peringkat(tiga peringkat).
l)Buang kesan karbon dan ridge pada silinder.
m)Keluarkan pepasangan piston.
n)Susun bahagian pepasangan piston supaya mudah dikesan.
o)Keluarkan aci engkol.
p)Keluarkan gelang dari piston.
q)Keluarkan piston dari rod penghubung.

MELARAS IMBANG MASA PENYALAAN

1.Longgarkan skru pengikat unit pengagih .
2.Pasangkan alat uji lampu pamasaan dan hidupkan enjin .
3.Dengan menggunakan lampu pemasaan dapatkan bacaan penalaan pada tanda di kapi .
4.Laraskan unit pengagih perlahan-lahan untuk mendapatkan bacaan panalaan pada tanda di kapi mengikut spesifikasi enjin .

MELARAS SISTEM PENYALAAN ELEKTRONIK.MELARAS SELA UDARA (air gap)

1.Lepaskan klip dan buka tutup pengagih .
2.Tanggalkan rotor .
3.Buka tutup penghadang habuk .
4.Laraskan sela udara .

MENANGGAL,MEMERIKSA,MENSERVIS DAN MEMASANG SISTEM PENYALAAN ELEKTRONIK

1.Pusingkan kapi sehingga tanda pada kapi tepat dengan tanda T pada enjin . Pastikan silinder nombor 1 berada pada akhir lehang mampatan .
2.Buka skru pengikat dan keluarkan pengagih dari enjin .
 3.Periksa komponen , servis dan pasangkan semula .
 4.Pasangkan pengagih ke enjin dan pastikan rotor menghala ke segmen silinder nombor 1 pada tutup pengagih .

MENSERVIS KEKASUT BREK PADA NAT PELARAS AUTOMATIK

i)Jek kenderaan dan turunkan sepenuhnya tuil brek tangan . Tekan injap brek beberapa kali .
ii)Laras kelegaan kekasut brek sehingga daya seretan yang berat dirasai apabila roda dipusingkan .
iii)Laraskan pula sehingga tiada daya seretan dirasai dan roda boleh berputar dengan bebas .

MEMASANG BAHAGIAN-BAHAGIAN ANGKUP

i)Sapu lapisan nipis gris khas atau bendalir brek ke dalam permukaan gelongsor angkup piston dan penyendal piston .
ii)Sapu lapisan nipis gris khas ke pin plat kilas dan permukaan pasangannya .
iii)Masukkan piston ke dalam silinder angkup dengan memusingkannya . Ikat bridge bolt megikut spesifikasi . Pastikan pergerakan piston lancar .
iv)Pasang semula pad brek dan perumah angkup ke lokasinya .

MEMERIKSA BREK CEPER

i)Periksa ketebalan pad brek dan periksa kehausan yang tidak sama rata atau rosak .
ii)Ukur ketebalan ceper dan periksa kehausan ceper yang tidak sama rata atau rosak .
iii)Guna tolok dial dan uji runout ceper dengan memusing ceper perlahan-lahan .
iv)Periksa keretakan dan kerosakan badan angkup .
v)Periksa kehausan  , kerosakan dan karat pada permukaan bahagian dalam silinder angkup .
vi)Periksa keretakan  ,kerosakan dan karat pada piston .
vii)Periksa kehausan dan kerosakan penyendal piston .
viii)Periksa kerosakan dan keherotan but penghadang habuk .

MENSERVIS BREK CEPER

i)Keluarkan pengadang pad .
ii)Keluarkan pegas(antirattle spring)
iii)Keluarkan pin pandu dan keluarkan pad brek .
iv)Tanggalkan terlebih dahulu pad brek dan hos brek .
v)Keluarkan bolt pengikat angkup .
vi)Keluarkan angkup dari ceper brek .
vii)Ikat angkup pada ragum,keluarkan bridge bolt .
viii)Keluarkan badan bahagian luar angkup .
ix)Keluarkan plat kilas dari badan angkup .
x)Keluarkan gelang(ring)
xi)Keluarkan but pengadang habuk dari piston .
xii)Tolak keluar piston dengan udara pemampat .
xiii)Keluarkan penyendal piston .
xiv)Keluarkan bahagian-bahagian berikut dari badan angkup .
.Penahan sendal habuk .
.Skru jujuh .

PERIKSA BAHAGIAN-BAHAGIAN SILINDER RODA

i)Periksa keretakan dan kerosakan silinder .
ii)Periksa permukaan dalam silinder- kehausan yang tidak rata , kerosakan atau karat .
iii)Periksa kehausan atau karat pada piston .
iv)Periksa kehausan dan kerosakan mangkuk getah piston .
v)Periksa kerosakan dan keherotan but getah .
vi)Periksa kerosakan , keherotan dan karat pegas .

PENYENGGARAAN SISTEM STERENG

SIMPTOM               SEBAB DAN KEMUNGKINAN      TINDAKAN
Roda stereng           -galas roda rosak               -tukar
bergegar               -sambungan rod runut longgar    -tukar
                        atau rosak                    
                       -sambungan bebola haus atau    -tukar
                        rosak
                       -imbangan roda tidak betul      -lakukan imbangan roda
Roda stereng menarik   -penjajaran roda tidak betul     -lakukan penjajaran roda
ke sebelah             -tekanan udara tayar tidak      -tekanan udara tayar
                         seimbang                       mengikut spesifikasi

MAKLUMAT DAN KOD TAYAR

P 185 60 VR 14

   P Jenis tayar
     P:Passenger/penumpang
     T:Temporary/sementara
     C:Commercial/perdagangan

 185 Lebar Tayar(millimeter)

  60 Nisbah Bidang-tinggi dan lebar tayar

   V Kelajuan Maksimum

   R Jenis Binaan
     R:Lapis Jejarian
     B:Lapis Jejarian Dan Lintang
     D:Lapis Lintang

  14 Garis Pusat Rim(inci)

PERBEZAAN FUNGSI SISTEM PAMANCIT ELEKTRONIK BAHAN API DAN SISTEM KARBURETOR

Perbezaan fungsi yang paling ketara antara karburetor dan suntikan bahan api ialah suntikan bahan api menyembur bahan api kepada titisan yang sangat halus dengan mengepam bahan api secara paksaan ke muncung halus di bawah tekanan tinggi,sementara karburetor pula bergantung kepada tekanan vakum oleh udara masukan untuk menghantar bahan api.Pemancit bahan api hanya terdiri daripada sebuah muncung serta injap bahan api dihantar melalui pam bahan api atau bekas bertekanan.

COMMENT VIA FACEBOOK