KELEBIHAN DAN KELEMAHAN ENJIN DIESEL

KELEBIHAN
  1. Lebih menjimatkan bahan api berbanding enjin petrol.
  2. Mempunyai kecekapan pembakaran bahan api yang lebih tinggi daripada enjin petrol. Nilai kecekapan pembakaran kemuncak sebenar bagi enjin diesel pada lori, bas dan kereta adalah setinggi 45%, serta mungkin akan mencecah 55% pada masa akan datang.
  3. Menghasilkan kurang karbon monoksida kerana membakar bahan api dalam udara berlebihan.
  4. Menghasilkan kilasan kemuncak pada kelajuan enjin rendah, menjadikannya sesuai digunakan pada kenderaan berat.
  5. Lebih tahan lama serta lebih boleh diharap kerana selain ketiadaan sistem penyalaan elektrik, enjin diesel sememangnya dibina bagi menahan tekanan yang sangat tinggi.
  6. Tidak memerlukan palam pencucuh sebagaimana enjin petrol.

KELEMAHAN
  1. Enjin diesel lazimnya lebih berat daripada enjin petrol.
  2. Kadar pecutan yang lebih lambat daripada enjin petrol. Walau bagaimanapun, pemasangan pengecas turbo serta teknologi baru seperti sistem suntikan terus rel sepunya membantu meningkatkan kadar pecutan enjin diesel.
  3. Menghasilkan jelaga hitam semasa pelepasan asap ekzos. Masalah tersebut boleh dikurangkan dengan kawalan diesel elektronik serta penggunaan bahan api diesel yang lebih bersih (kurang kandungan sulfur).
  4. Banjaran kuasa yang kecil disebabkan banjaran putaran enjin yang terhad. Ia merupakan sebab utama mengapa kebanyakan lori berat mempunyai kotak gear sehingga sebanyak 18 kelajuan. Pengecas turbo geometri boleh laras membolehkan kilasan enjin disebarkan pada banjaran kelajuan yang lebih meluas.
  5. Enjin diesel lebih bising daripada enjin petrol disebabkan ketukan diesel. Penggunaan minyak diesel dengan nilai setana yang lebih tinggi boleh mengurangkan bunyi bising ketukan diesel.

Tiada ulasan:

COMMENT VIA FACEBOOK