KELEBIHAN DAN KEKURANGAN NGV

Kelebihan NGV 

Penggunaan NGV adalah sangat menjimatkan dan dengan isian RM9 NGV anda boleh berjalan sejauh 190km manakala penggunaan petrol pula dengan pengisian tangki sebanyak RM10 boleh berjalan sejauh 50 - 60Km sahaja. 

Kelemahan NGV dan Cara Mengatasi

Cuma kelemahan penggunaan NGV ini tentulah ruang barangan terhad dan servis enjin yang kena kerap untuk memastikan sistem enjin berfungsi dengan baik. 

Begitu juga dengan pick up kenderaan menjadi kurang berbanding pernggunaan petrol tapi masalah pickup akan dapat di atasi dengan cara pemanduan kerana apabila kita memerlukan pickup pada masa-masa tertentu maka kita hanya tukar mode NGV ke PETROL dengan hanya menukar sekali picit pada "selector switch" sahaja atau hanya memerlukan butang OD "over drive" sahaja. 

Pada waktu pagi, enjin mungkin sejuk, anda perlu guna petrol untuk panaskan enjin dan switch ke NGV.

Jika anda berhajat berehat dalam kereta dengan memasang aircond, adalah lebih baik switch ke petrol kerana enjin akan tersengguk jika guna NGV kerana RPM menjadi rendah. 

Gas NGV perlu diisi melalui bonet hadapan. Tiada cara terbaik lagi, anda perlu lakukannya.

SUMBER : http://www.azelery.com

1 ulasan:

AZHARI HAJI AHMAD berkata...

Selama ini menggunakan NGV selama 16tahun Saya terlepas pandang servis NGV dan tidak di setting box computer dgn mengikut jadual..oleh itu ada efected pada RPM INJIN...buat masa ini guna sementara PETROL Jika ada modal tukar 1 set COMPUTER BOX NGV!!!..😊

COMMENT VIA FACEBOOK