PEMASANGAN BONGKAH ENJIN SETELAH DIROMBAK

a)Licinkan permukaan silinder dan pepasangan piston.
b)Pasang galas utama pada bongkah.
c)Pasang aci engkol pada bongkah.
d)Pasang pengadang minyak pelincir dibahagian belakang dan hadapan.
e)Pasang peruang gelang piston.
f)Pastikan kedudukan hujung peruang gelang tidak selari dengan arah tujah.
g)Pasang gelang piston menggunakan pengembang gelang piston.
h)Pastikan kedudukan sela gelang-gelang piston tidak selari.
i)Lindungi bahagian benang rod penghubung supaya tidak rosak.
j)Masukkan pepasangan piston.
k)Pasang pepasangan kepala silinder dan bahagian-bahagiannya.
l)Bersihkan dan periksa benang bolt sebelum dipasang.
m)Memasang pepasangan aci jumpelang.
n)Pasang tali sawat pemasaan dan tegangkan mengikut spesifikasi.
o)Tanda pemasaan.
p)Pasang bahagian-bahagian lain seperti pengulang alik,pam stering
dan pemampat penyaman udara pada enjin.

2 ulasan:

John Jambu berkata...

saya nk tanya macammane klu distributer salah setting....
ade ape2 effect ke??????

sbb ade orang kate rod boleh patah....
sedangkan langsong x der kene mengene....

pakcekk jenglott berkata...

haha , bagus soalan tuh . klau distributor salah setting , effect dia enjin macam semput2 atau macam ada ledakan sikit berlaku . sebagai contoh ada bunyi meletup dan ada api keluar dari ekzos . tapi selalunya rod xkan patah , paling-paling pun enjin xboleh dihiidupkan . terima kasih kerana menghubungi kami .

COMMENT VIA FACEBOOK