Benefit penggunaan NGV
- Pengekalan Penjimatan berbanding petrol (70%)
- Kos operasi yang rendah
- Tidak mencemar alam sekitar
- Kenderaan boleh bergerak dalam jarak yang lebih jauh
Insentif dari Kerajaan Malaysia dan Penggubalan Undang-undang di dalam penggalakan penggunaan NGV.
NGV telah diberi galakkan oleh kerajaan dengan penyediaan insentif dan undang-undang di dalam menggalakkan pemilik kenderaan seluruh negara memiliki dan menggunapakai NGV. Pada masa sekarang harga NGV berada pada paras 63.5sen seliter berbanding dengan petrol yang berharga RM2.1O seliter serta harga NGV adalah yang termurah jika dibandingkan dengan harga minyak kenderaan yang lain. Untuk rekod semasa NGV mencatatkan harga penggunaan pada RM8 untuk jarak perjalanan sejauh 160km, jika dibandingkan dengan petrol mencatatkan pada harga sekitar RM30-RM40 untuk jarak yang sama. NGV juga dikecualikan daripada duti import dan cukai jualan . Yang paling menariknya bagi NGV ini adalah pengurangan cukai jalan yang telah ditetapkan oleh kerajaan seperti berikut:
- Kenderaan Monogas (NGV sahaja) – potongan 50%
- Kenderaan Bi-fuel (Petrol & NGV) – potongan 25%
- Kenderaan Dual-fuel (Diesel & NGV) – potongan 25%
SUMBER : http://apen-idariana.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan